Friday, July 2, 2010

"mak,cepat lah amik report card AYIM... "

"mana boleh,sekarang pukul 1 kan? cikgu ayim tak solat jumaat ke. tunggu kejap lagi"
beberapa jam kemudian...

"mak,orang solat jumaat dah balik,cepat la.."

"kejap,mak nak masak"

beberapa minit kemudian...

"mak mak... dah pukul 3 nih,bila mak nak pegi sekolah ayim? nanti cikgu marah..."

"tunggu,mak nak solat dulu"

beberapa minit kemudian lagi....

"MAKKKKK!! cepat lahhhhh.... ayim nak tengok la ayim dapat no berapa...mak ni lambat sangat la..borak borak je.. bla bla bla balaaaaa....."

terus ambil kunci kereta.. hehehehe

Berbeza betul la zaman i sekolah dulu,kalau time nak amik report card,sumpah takut.
Kalau boleh tak nak bagitau pon kat mak.bukan pandai sangat pon. Kang bikin malu mak je bila tengok kad tu. Ni beriya betul adik i suruh mak i pergi amik juga. Bila mak datang je sekolah,mesti mak i borak dulu dengan mak mak yang lain. Lepas tu depa pon sibuk la bergosip pasal tempat tuisyen paling bagus lah,paling elok,cikgu mana paling bagus,anak makan apa nak pandai,anak pakai beg brand apa lah.macam macam.
Paling i ingat bila masa form 4,masa tu Ustaz Azmi yang jadi guru kelas 4PAB. Sebelum mak jumpa Ustaz,mak borak borak dengan mak budak lelaki yang i suka. Memang tergedik gedik suka lah time tu kan. Semua dah tinggal kenangan.  :)

No comments:

Post a Comment