Tuesday, May 25, 2010

Saturday, May 22, 2010

Tag dari Cinta :)

3 nama samaran kamu
-leha 
-kakak
-kak leha

3 tarikh penting dalam hidup anda
-21 jan
-31 mac
-24 mac

5 perkara yg anda buat semalam
-keluar pekan,photostat buku Costing
-basuh baju
-online
-borak borak
-makan

5 perkara yang buat anda gembira
-ayah bagi duit. hehehe
-bila dia call
-berat turun
-keluar dengan kawan kawan
-bila kenyang kot hehehe

5 drama kegemaran anda
- adamaya..
-lain tak tau. tak tengok sangat la~

5 hobi kamu
- online
-buat kek
-lepak
-borak dengan mak
-karoke kot :)

5 tempat percutian idaman anda..?
-sabah :)
-bali
-paris
-redang....
-mana2 je laaaa

5 sebab kamu jawab soalan ni
-sebab tyra suruh
-bosan
- nak xcercise jari
-saja2
-sebab sebab sebabbbbbbbbbb tahh la~

Cerita Intersesi

Ramai yang tak tahu pasal i buat intersesi ni.Bila ada yang tanya, "kak leha cuti sem ni buat  ape?" so memang nampak sangat la i tak bagitau budak2 kelas kan. Bukan tak nak share cerita,tapi time exam week pon kita jarang dapat jumpa kan,bila masa nya nak cerita. Cuma kawan kawan rapat je tahu.

Okay mula mula masa masuk uitm dungun je ni,dari pintu masuk je,mamang nampak indah. Sangat sangat indah sebab betul betul depan dengan laut. So sape yang memang pencinta laut macam i ni,memang rasa teruja la kan. Tapi bukan boleh mandi pon.Bahaya budak2 ni cakap.Banyak yang dah arwah kat situ. haihhhhhh naik bulu roma dan segala bulu2 lain naik.

Lepas tu masuk bilik. Emmmmmm okay la, satu bilik 3 orang je.tak la sesak sangat. Cuma sebelum ni duduk rumah sewa,so dah rasa seronok lak bila duduk hostel.Dan kelas sangat la jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
Sangat sangat. Biasa budak2 lelaki naik motor walaupun dalam kampus je hostel dorang. I ni memang terpaksa manapak la. Sampai kelas dah berpeluh2. Hahhhhhh rimas. Nasib baik kelas sejuk. Ok la sikit.

Kat sini ada sorang kawan,nama Burn,baik dia ni. Next sem dia nak pindah Uitm Pineng pula. So kat sini baik dengan dia.Banyak benda kitaorang fight pasal uitm ni. Pineng kecik la,Dungun ulu la,Pineng tak best kena duduk luar la,Dungun makanan mahal la. haaaaaaa benda2 kecik tu la asik cakap hari2. Padahal saja je pon,tak da point nak cakap kot. Hehehe.
Semua nya okay kat sini. Cuma nak cari barang je la. Susah sikit. Nak pergi kelas jauh,abih kelas,pergi makan kat Cafe,makan sedap pulak tu. Hehehe. Sorry babe,try diet lain kali je la. ahahahha.

Sorry la tak letak pic.Nanti tunggu bila2 free yea. I akan amik semua pic yang i rasa lawa kat sini. So budak2 uitm pineng boleh la compare kan? :D

Thursday, May 13, 2010

Tanya Saya!

Macam jauh kebelakang pula bila orang lain dah sibuk sibuk formspring i baru nak buat
Tak apa,janji ada kan. :)
So sila la tanya apa apa sahaja,inshaallah i akan jawab sejujur hati. Jangan ada yang sentap dah la. :P

Wednesday, May 12, 2010

Reunion Sheduut :)

Pertama kali nya keluar jalan tanpa lelaki! :) 
Yeayyyy gurl power!!
Berjalan Kat KL Je Pon
Amik Udara Terpaling Segar Kat KL
Motif? Nak Jumpa Shakira,Syafiqah,Young
Geng Lama Kat Sekolah
Akhirnya Kami Bersatu Kembali
:)
Naik tren okayyy!! Dah lama sangat tak guna kan pengankutan awam. sooooo skema la.  :) 
Yunk bersama Shakira

Awat muka putih sangat ni? 

Duduk seat depan okay. Saja nak usha driver tu. Nak bawak laju je. Mentang2 tak kena saman. 

Nak cantik macam dia boleh? :)

Sheedut la Sheedut! ahahhha

Test Market Jap. :)

Haihhhhh Berbeda Sungguh Body Kami

Dah Puas Berjalan Di KL,Lepak Kat Tasik Shah Alam Kejap

Last destinasi-karoke Kat Quality Hotel 
Semua Sakan Gelek Sebab Before Ni Agak Malu2 Bila Ada Kaum Adam.
Sangat Seronok Dapat Keluar Kali Ni,Bukan Sebab Apa,Cuma Dah Lama Sangat Tak Jumpa. 
Lepas Ni Dah Kat Dungun,Sebulan Pula,Lagi Lah Lama Kan? :)

Monday, May 3, 2010

Pagi Yang Cerah

Hari ni bangun awal pagi(10 am,pg la kan) rasa macam pelik sedikit. sebab buka mata je tengok kanan,ada Pain. Ye Pain,roomate kat Baiduri dulu. masa kat baiduri dulu,kitaorang tidur satu katil. alasan sebab takut. dua dua menakut sangat. walaupon badan macam comel je tapi muat okay katil single tu. suka peluk dia sebab dia pon suka peluk i. suka cium dia sebab dia pon suka cium i.ada bunyi geli@lesbo x? ahahhahhaha. :)
dia diantara kawan yang sangat paham pasal i. malam tuh,kami borak borak panjang sebab dah lama sangat tak jumpa. satu kampus pon jarang nampak dia. nih dah ada masa lapang ni i ajak dia tidur rumah.borak borak bergelak katawa sampai nangis2. suka borak hati ke hati dengan dia. antara perkara yang kami sering isu kan tentang boyfriend. YA pasal lelaki. dua dua masih single. dua dua masih mengharap cinta lama. dua dua masih seperti dulu,ceh baget sangat setia. ahahahhahaha.
i cakap,bila agak nya "orang itu" nak sedar ye kita sayang dia?kita masih tunggu dia? ..pain cuma balas.. satu hari nanti MUNGKIN.so maknanya tak tentu lagi la kan,hemmmmm tah la. habis,tak kan kita nak start dulu kan. tak kan kita pulak terhegeh2 nak bagitau "weih aku sayang kau la,aku nak berdua dengan kau la,aku nak hidup dengan kau la...paham x? " benda tu tak akan berlaku sebab rasa macam tercalar sedikit kemaruahan kedirian. bagi i,biar dia mulakan dulu. dah dia okay,kita jual mahal sikit dulu,last baru bersama. itu pon kalau ada jodoh la~
i cakap dengan kawan i ni,biar apa pun jadi,kita jangan jadi perigi. itu lebih baik kan. jangan nak menipu diri sendiri. buat statement macam macam tapi habuk pon tarak. nak sayang orang baru,kena sayang orang sekeliling yang susah senang selalu dengan kita.  sedar akan kehadiran mereka. jangan dah tak ada esok baru nak terjaga. :)