Tuesday, March 2, 2010

Kipas

Tajuk entry tak da kena mengena langsung okaaayyyy
Dah agak lama tak post kat blog  ni. sebab tak tau nak cakap apa. tiap2 mingu benda yang sama je.pergi kelas. balik kelas.makan.minum. ect. tak kan nak pergi makan luar pon nak tulis kat blog kan?..
kadang2 kelakar baca blog orang sekarang ni. lepak makan warung depan rumah je pon. itu pon nak tulis kat blog. cerita keluar dengan kawan2 tengah2 malam. macam "teruja" bila cerita dapat keluar malam pulak kan.kat rumah mak tak bagi keluar ke?? cerita pasal gaduh2 dengan budak kelas.sindir2 sesama sendiri. asal ehh...??
tapi tak kesah la kan. sebab tu blog diorang so suka hati la nak cakap pasal apa pon. 

Tapi...just nak cerita pasal seorang pakcik yang sangat sangat baik hati. I pon tak tau apa nama pakcik ni sebab baru je kenal. Masa tu,i dengan kazen i tengah belek2 basikal yang baru i beli. I letak basikal tu dekat tempat letak motor. Then i nampak pakcik tu, i just senyum and tegur sikit...

"pakcik....."

"yaaa,emm kenapa letak basikal kat sini? ada rantai untuk kunci tak?'

"tak da la pakcik,basikal ni pancit,lepas tu macam rosak sikit. tak tau nak repair kat mana. saya baru je pindah sini"

"hah tak pa lah,kamu biar je kat situ"

selang dalam seminggu kemudian....

Basikal dah siap repair yeayyyy!! 
kepada pakcik motor besar tu,terima kasih banyak2. sebab pakcik baik kan kan. walaupun kita baru je kenal pakcik dah susah2 tolong saya. walaupun pakcik tak ada blog,saya post kan satu post teristimewa untuk pakcik! terima kasih yea.!!






3 comments: