Friday, March 26, 2010

Nak Poyo Poyo Kejap Boleh Tak?

Saja nak post pic zaman zaman dulu. Motif? yeeee tiada. Untuk suka suka je. 
Ni kat Langkawi. Umur kalau tak salah la,18 tahun time ni. Mak yang tolong snap kan. Ni zaman pakai tudung dan selimpang kan je. :)

Odw ke Bukit Bintang. Tah apa yang ditengok kan tah la. Macam jakun kan masuk kl. :P

I pon pelik asal la kotak tu perlu ada. Raya 3 tahun lepas. Masa ni i dengan kazen baik i pakai baju kaler sama. 

Pic ni sangat kenangan. Masa letak kat myspace dulu,bukan kemain orang cakap pasal pic ni. Konon terkangkang dan tak manis. Tak kesah laaaaaaaaaa. Comment beratus gak time tu. Hehehe

Sumpah ini plastik. Jarang kot nak baca2 buku macam ni. Selalu masuk Mph ke,Kino ke,Popular ke,beli chocolate.Tu badan sedap sangat tuh.  lalalalalala

Kawan i yang tolong snap pic ni. Nak kata candid pon boleh juga sebab memang i tengah posing macam ni pon,tiba2 dia suruh pandang. Masa ni pergi Urbanscape 2009. kalau tak salah tengah tengok Yuna kot time tu. Kerna i memang tak minat langsung dia,so dari jauh sudaaa. Poyo je lebih time ni. hehehehe.

Location- Desaru. tarikh- 6.6.2008

KLCC. Kat taman yang ramai orang tu. Masa ni teman kazen i dari kedah datang. So nak bawak jalan2 kat area kl lahh kan.

Ni pula kat Langkawi. I gerak sana dengan member2 shah alam i. Best gila sangat time ni. Inshaallah bulan 6 ni nak jalan Redang pula dengan diorang.

Pic yang macam bajet artis ni pula kat genting. Lepak umah kazen i.

Okay tujuan sebenar sebab kalau korang nak tau,semua pic ni u pernah letak kat zaman2 ms tengah hot dulu. I suka pic ni, kawan i yang i suka tu pon selalu cakap dia suka pic ni sebab i suka pic ni dan akan suka sampai bila2 gambar2 i macam ni walaupun sekarang dia hilang kemana tah. Penat i cari dia tapi dia hilang. maybe sebab i dah close acc ms so dia pon tak boleh nak kesan i kat mana. hemmmmmmmm i tunngu dia juga. Sampai bila2. Sebab dia tengok semua pic2 ni la dia berkenan nak kawan i. siyes i sayang dia sangat2. :)


Cintaku Tertinggal di Kuantan

Okay ingat tak lagi pasal i pernah cakap yang kalau dah kata kawan,tak kan putus punya... haaa ni la cerita nya. I gerak kuantan semata2 nak seprize bff i ni. sweet tak ? I gerak dari pineng pukul 12am. Perjalanan adalah dalam 9 jam. Dah la lupa bawa selimut,sweater suma,dalam bus sangat sejuk! Duduk pula sebelah mamat mana tah asik nak langgar2 atau erti kata lain nya,sendeng2 kat badan i.Tau la i besarrrrr.. :(

I sampai terminal pukul 7 am. Ijat kawan i kat kuantan amik i. Dia sampai terpaksa sewa kereta semata2 nak amik i tauuu. Hehehhehe.
Ni dekat East Cost Mall atau ECM. Masa ni pukul 8 lebih. I dah tak tau nak lepak mana dah. Kedai pon banyak tak bukak lagi. I dengan ijat just duduk je la. Tu je mampu kami buat. Ahahahhaah
Tengok ijat.. kesian dia kan. Kena bangun pagi semata2 nak amik i,lepas tu nak jalan kedai banyak tutup. Hehehhehe
Misi seterusnya ambil si Paez kat umah. Dia ni memang manjaaaa ni dengan ijat. Kan ijattt... :)\
Okay lepas tu beli kek kat kedai. Kek biasa je tapi boleh tahan sedap la.
Dah sampai kolej. Terus nyalakan lilin. Nak serangggg Hamni dahhhh!! Kamon Kamon!
Haaaaaa tu dia hamni yang pakai baju kurung tu.... Dia kata dia dah agak i nak datang,sebab dia rasa lain je pagi tu. cehhhhh ye ye la tu.
Iyaaaaaa tiup tiuppp!! Sampai nangeh2 tau si hamnie ni masa tiup lilin.
Ni la dia dua sabahat yang dah lama sangat tak jumpa. Masing2 kecil hati. Biasa la tuh kan,adat berkawan,mesti ada yang terasa,mesti ada gaduh2. Tapi usia mematangkan kita. Kita anggap semua tuh dah lepas. Tengok,kami boleh gelak2 bertukar cerita macam dulu dulu... :)
Ashraf. Rindu mu deh. Yang si ijat ni nak jugaaaa. Kasi la peluang sikit nak berdua dua dengan ashraf ni. Mamat kelate ni sangat baik dengan i,dulu suka kongsi2 cerita. Bila dah 2 tahun tak jumpa dia,rasa sama je macam dulu.
Pis Pis
Junior2 i dulu yang paling i sayang sangat2. Ecah dan Fiza.
Nurul+Hamnie+Leha+kak Ika
Yeaayyyyyy i dapat belon love2. tengsssss babe. :D
Bila dah petang2 sikit,Ijat ni bawa jalan kat Teluk Cempedak. Lepak tepi pantai. Best angin petang.
Paez ni memang suka buat muka gila dia tu. Tapi tapi dia sangat baik. Beruntung sapa dapat dia ni. :)
Rindu sangat kat kuantan. Bila tah dapat pergi sana lagi. 

Wednesday, March 24, 2010

Happy Birthday Ayah


Selamat Ulang Tahun ke 50 wahai ayahanda tersayang.
Semoga dipanjang lagi umur dan sentiasa dimurahkan rezeki
Akak sayang ayah sangat2
Walaupun akak tak pernah cakap depan2 akak sayang kat ayah
Akak nak ayah tau akak sangat2 bangga mempunyai seorang ayah yang sangat2 penyayang walaupun ayah jarang tunjuk kasih sayang ayah
SAYA SAYANG AYAH SAYA 
HAPPY BIRTHDAYYYYYY!!! <3<3<3

Tuesday, March 16, 2010

Dua Insan

Masa time kelas chef Hidayat tadi.,rasa sangat best sebab...
  • Chef tiba tiba panggil duduk depan,muka i nak duduk depan? memang kelakar la. Seumur hidup jarang sangat nak duduk depan. Bukan apa,nanti orang belakang tak nampak bising2 pulak kan. Paham2 sendiri la. Hehehheheh
  • Lepas tu,chef terpijak kaki i,dia boleh senyum2 je tiba buka topik dan terus tanya "awak selalu pergi karoke kan?" ahahhahah. Nampak kantoi disitu yea. Mungkin ternampak gambar kat FB kot.Tapi i geleng2 kepala je la. Buat2 tak pernah pon pergi tempat2 macam tu. :)
  • Lepas tu,macam biasa chef ajak student nyanyi ramai2 . Chef biasanya akan pasang lagu yang femes2 dan dipaksa buka mulut seluas yang mungkin. Kene paksa nyanyi tauuuuuu. Lantak la kalau ada yang tak tau ke. Macam kawan i nama NISA,masa chef pasang lagu Raihan dia pura pura je nyanyi bukan dia tau pon. Ahahahhaha.
  • Haaaaaaaaa paling best chef buka lagu Dua Insan yang versi lamaa...!!!! Sumpah i sangat suka lagu ni. Teringat time muda2 dulu. Huhuhuhu. Masa ni pon,i boleh nampak budak kelas enjoy sangat. Haaaihhhh nasib baik duduk depan,kalaui tak memang dah siap menari2 dengan kawan i kat belakang.:P
Ini la lirik yang sangat2 syahdu. Sangat2 menusuk sanubari. Aaawwwwwwww~~

Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh! sayang

Di mana saja kau berada

Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadmu jauh
Namun hatimu dekat selalu

Walau duri halangan menimpa

Bila cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai
Dalam Syurga

Biar masa berganti masa

Biar pun musim berubah
Telah ku katakan padamu oh! sayang

Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan


Jika kau tanya pada rembulan

Mengapa cahaya berseri-seri
Tentu jawabnya kepadamu
Kerna dikau cinta padaku

Ku persembahkan kepadamu

Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium

Monday, March 15, 2010

Syukran. Masih Panjang Umur

Petang sabtu lepas,yang tinggal kat rumah i sorang je, Lepastu ajak si TYRA teman tidur kat rumah. Bila dah berdua duduk kat rumah,memang tak tau nak buat ape selain on9,tengok t.v. Bangun dah lambat sangat(1 pm kot) lepas tu memang tak tau nak makan apa dah melainkan makan meggi je la. Meggi pulak just beli kat kedai runcit bawah yang memang barang2 dah tak laku dan sangat la lama. Tapi nak buat macam mana kan,tu je mampu.
Lepas makan,kitaorang gosip2 cerita2 pasal budak kelas,plan untuk diet,pasal boyfren(walaupun i xda bf,hehehe). Dah petang2 dalam pukul 6 lebih i dah rasa lain. Sakit perut yang teramat sangat. Sangat sangat sangat. Dalam perut rasa macam ada baby,panas gila,isi perut bergerak. Dari lepas magrib tuh sampai tengah malam i muntah2 dengan teruk. Time tu tyra dah balik rumah dia,so tinggal i dengan nisa je. dah pukul 11 lebih tu.nisa tanya nak pegi hospital tak, i just angguk je. Apa pun dah tak boleh pikir time tu. Kepala sangat berat dan perut yang sangat sakit. Cuma teringat saudara ayah yang meninggal sebab sakit perut je. Damn!!
Nasib baik si mimi tinggal kan kereta dia. So mintak tolong Munir hantar kan. Dah sampai hospital semuanya terkawal. Doc cucuk sikit,kasi tahan sakit. Heheheheh
Dah 2 hari ni alhamdulillah. Lega sangat sangat. Rasa beruntung dapat kawan2 yang baik lagi mengambil berat. tenggggsssss iyaaaaaa!! 
Special tenggggsssss to~

NISA KATRINA 
TYRA
MIMI
MAS
MUNIR
NAZROL
AFIY
lebiuuuu all!!! <3

P/S : kalau nak diet sangat pon,make sure makan benda yang berkhasiat. meggi tu sangat tak elok ok!!






Friday, March 12, 2010

Kalau dah kata kawan,tak kan putus punya

setuju tak dengan status tu? mesti ada yang setuju kan. sebab memang betul. jarang kita tengok kalau kawan lagi2 dah kata BFF akan putus kawan. kalau gaduh hal remeh temeh tu biasa la,kata perempuan kan. orang tuh beli handbag lawa pon kita dah marah semacam. so bila umur dah semakin matang,kita sendiri dapat menilai benda tuh harus bergaduh atau tak. ni kalau nak tacing tacing pondan je bak kate kawan i bernama Ismail Ali,baik kawan dengan budak sekolah je.Kadang2 rasa menyampah la bila ada kawan2 yang mengadu pasal gaduh2 ni,ok normal la sebab sedangkan lidah lagi tergigit kan,ini kan pula kawan2 rapat. Selagi benda boleh setel tanpa masuk2 mahkamah ni,kita slow talk sudaaaaa.
Ok kenapa i buka cerita ni sebab,i pon melalui benda yang sama. I sedang bergaduh dengan kawan lama i yang duduk kat kolej kuantan dulu. Sebab apa i gaduh dengan dia? yee semestinya sebab i kecil hati dengan sikap dia. Benda tu tak pa la i simpan je, biar kawan2 rapat yang lain je tau. Bila dia mintak maaf, i buat tak tau,dia msg i tak penah balas,dia call banyak kali i tak angkat,dia mintak tolong kawan lain i tak hirau kan,dia add kat fb i tak approve,dia call rumah i dengar suara dia i letak balik....kejam tak??
tapi tapi tapi,itu semua hanya lakonan je. kita tunggu next blog akan datang. ada benda best akan berlaku. :)
kami suka pakai baju kaler yang sama, kalau pergi kelas pon mesti nak sama kaler.
kalau pergi mana2,mesti kitaorang duduk sebelah2.
Tengok,sampai skandal pon kongsi kongsi tau.rindu lak kat ashraf ni
shopping raya pon sama2.masing masing tau taste masing2. apa dia suka,mesti i pon suka,begitu la sebaliknya
 hamni ni suka pink,sebab dia nampak comel je kalau pakai pink. i pon sama. dulu la,sekarang dah dewasa sikit ni macam segan lak nak pakai barang2 pink je. hehehehe
masa ni kami ditugaskan untuk masak lauk berbuka untuk budak kelas. walaupun macam kelakar+tak pandai sangat+dapur meletup+gangguan kawan2lain+masak pakai tudung i berbaju kurung tapi sangat kenangan. :)
 SEMOGA PERSAHABATAN KITA KEKAL SAMPAI BILA BILA OKAY
<3



Saturday, March 6, 2010

Tengss TYRA!

Terjumpa nota kecil di buku hitam kesayangan....
sayang tyra tauu!! ayat tu betul2 menusuk lemak2 di perut. :)

Tuesday, March 2, 2010

Kipas

Tajuk entry tak da kena mengena langsung okaaayyyy
Dah agak lama tak post kat blog  ni. sebab tak tau nak cakap apa. tiap2 mingu benda yang sama je.pergi kelas. balik kelas.makan.minum. ect. tak kan nak pergi makan luar pon nak tulis kat blog kan?..
kadang2 kelakar baca blog orang sekarang ni. lepak makan warung depan rumah je pon. itu pon nak tulis kat blog. cerita keluar dengan kawan2 tengah2 malam. macam "teruja" bila cerita dapat keluar malam pulak kan.kat rumah mak tak bagi keluar ke?? cerita pasal gaduh2 dengan budak kelas.sindir2 sesama sendiri. asal ehh...??
tapi tak kesah la kan. sebab tu blog diorang so suka hati la nak cakap pasal apa pon. 

Tapi...just nak cerita pasal seorang pakcik yang sangat sangat baik hati. I pon tak tau apa nama pakcik ni sebab baru je kenal. Masa tu,i dengan kazen i tengah belek2 basikal yang baru i beli. I letak basikal tu dekat tempat letak motor. Then i nampak pakcik tu, i just senyum and tegur sikit...

"pakcik....."

"yaaa,emm kenapa letak basikal kat sini? ada rantai untuk kunci tak?'

"tak da la pakcik,basikal ni pancit,lepas tu macam rosak sikit. tak tau nak repair kat mana. saya baru je pindah sini"

"hah tak pa lah,kamu biar je kat situ"

selang dalam seminggu kemudian....

Basikal dah siap repair yeayyyy!! 
kepada pakcik motor besar tu,terima kasih banyak2. sebab pakcik baik kan kan. walaupun kita baru je kenal pakcik dah susah2 tolong saya. walaupun pakcik tak ada blog,saya post kan satu post teristimewa untuk pakcik! terima kasih yea.!!