Saturday, November 14, 2009

Final exam sudah habis yeaayy~

Last paper food hygiene tadi,setengah jam aku keluar awal. Tapi bengang gila aku tak boleh nak buat ada la 7 8 soalan(esei ok!!). Rasa dah rugi berapa puluh markah. Belum yang bulat bulat lagi,main tembak je. Apakena dengan aku hari ni pon tak tau. Nak kata excited balik umah tak jugak sebab parents aku amik esoknye. Dah la soalan yang aku tak dapat jwab tu soalan yang aku dah buat dan dah keluar past year paper!! ahhh!! Sengal!!
Mira roomate aku yang just baca sekali imbas soalan past year aku buat pon dia boleh jawab. Tah la. Benda dah lepas. Bukan boleh buat pape. Berserah je la. Janji usaha. Ayah pon cakap,keputusan belakang cerita. Yang penting attitude!! Ayah memang selalu bagi nasihat bab bab masa depan ni. Cuma kami adik beradik je mungkin tak nampak lagi kesan kalau ada bad behavior ni. in case kalau ada antara kami yang buat salah,semua akan kena ceramaaaha.(termasuk mak,ahhahahhah)
Kalau dapat bagus pon sebab meniru,sebab nasib je,sebab rapat dengan lecturer,tak payah la kan. So apa yang perlu aku lakukan lepas ini banyak berdoa je lah. Dah ni je yang aku mampu buat. : )

 


Muka bengang+bangang lepas jawab exam tadi.
Tapi happy sebab ada yang tegur baju dan selendang ni cantik. Hehehehhehe
Tengs babe :)

No comments:

Post a Comment